comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua lelaki ditahan cuba ceroboh Istana Negara


RINGKASAN BERITA

  • Polis menahan 2 lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara petang semalam, di mana suspek memaklumkan mahu bertemu Yang di-Pertuan Agong.
  • Suspek warga tempatan berusia 29 dan 37 tahun itu menaiki Perodua Kembara dan sebilah parang turut ditemui dalam kenderaan itu.

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki kerana cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim, ibu negara petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya turut menemui sebilah parang di dalam kenderaan dinaiki suspek.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan anggota polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3 Istana Negara pada jam 4.40 petang semalam.

Suspek memaklumkan ingin bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Hasil pemeriksaan, polis menahan 2 lelaki warga tempatan berusia 29 dan 37 tahun.

Saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447/551 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama 4 hari sehingga 21 Mei untuk siasatan lanjut.

Datuk Rusdi menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak pasti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini