comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua lelaki terbunuh, motosikal terbabas rempuh lori

Mayat mangsa dikeluarkan dari bawah lori. – FOTO NSTP

Saratok: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori di Jalan Pasar Maludam dekat sini, malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Peng Billy berusia 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, rakan mangsa yang dikenali sebagai Syahzuwan Abdul Rasid berusia 18 tahun pula disahkan meninggal dunia semasa diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Maludam.

Loading...
Terkini