comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lelaki warga emas rentung, kebakaran musnahkan 16 buah rumah setinggan

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Dua lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Klang Lama, ibu negara awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira jam 4.30 pagi itu membabitkan 16 buah rumah setinggan.

Menurut Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Kuala Lumpur, Armdan Mahat berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 4.57 pagi.

Pihaknya segera menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dengan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah, Sentul, Sri Petaling, Pantai, Sri Hartamas, Taman Tun, Keramat dengan kekuatan 46 orang pegawai dan anggota.

Sejurus tiba, didapati kebakaran melibatkan 16 buah rumah setinggan.

Keadaan rumah setinggan yang dibina terlalu rapat antara satu sama lain mengakibatkan operasi pemadaman berdepan kesukaran.

Pada jam 6.05 pagi, kebakaran berjaya dikawal dan pemeriksaan mendapati 2 mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dijumpai rentung.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan 12 buah rumah setinggan berkenaan manakala 4 lagi musnah kira-kira 50 peratus.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini