comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lokasi di Endau, Mersing dijangka banjir esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan banjir di dua lokasi dekat daerah Endau, Mersing, Johor esok.

Kawasan terbabit adalah Kampung Semaloi dan kawasan sekitar yang dijangka banjir pada 1 pagi esok.

Manakala, satu lagi kawasan adalah Kampung Padang Endah dan kawasan sekitar yang dijangka banjir pada 11 pagi esok.

“Semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada.

“Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook (Fb) PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini