comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua mangsa lemas Sungai Kelantan dijumpai

Dua anjing pengesan (K9) baka Englis Springer Spaniel digunakan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa lemas di Sungai Kelantan, di sini.

KOTA BHARU: Dua mangsa lemas dalam kejadian berasingan di Sungai Kelantan semalam dijumpai hari ini.

Mangsa pertama, Saidi Che Hasan, 51, yang terjatuh bot di Kampung Kutan Sungai, ditemukan oleh penduduk kampung pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, mangsa kedua, Muhamad Syafiq Razali, 28, pula dijumpai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 5.49 petang tadi.

“Mangsa (Muhamad Syafiq) ditemukan pada jarak dua kilometer (km) dari lokasi terakhir dilihat pagi semalam.

“Mayatnya dijumpai PPDA ketika selaman dibuat dan hampir timbul di permukaan sungai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini