comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut kereta terjunam ke laut

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat malam tadi. – Foto ihsan Bomba

LAHAD DATU: Dua lelaki lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke laut di Jalan Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu, malam tadi.

Mayat mangsa dikenali Edwin, 25, dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, 66, ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pasukan bomba.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.50 malam.

“Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dipercayai terbabas sendiri dan terjunam ke dalam laut. Menurut pemanggil terdapat dua mangsa terbabit dan belum ditemui.

“Pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd.

“Selaman pertama berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik pada 12.06 tengah malam.

“Tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta Myvi untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek untuk mencari mangsa kedua.

“Selaman kedua dilakukan pasukan bomba dan mangsa kedua berjaya ditemui pada 1.31 pagi,” katanya.

Riki berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini