comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut, selepas kereta dinaiki lima sahabat terbabas

Foto hiasan

MANJUNG: Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat terbabas dalam kemalangan di Jalan Teluk Intan-Seri Manjung, dekat pusingan U Kampung Kayan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, dua penumpang dikenali sebagai Eng Soon Hong, 24 dan Chen Ming Sen, 23, disahkan maut manakala pemandu berusia 20 tahun serta dua lagi penumpang masing-masing berusia 22 dan 25 tahun cedera.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, ketika kejadian, kenderaan yang dinaiki lima sekawan itu bergerak dari Teluk Intan ke arah Seri Manjung.

“Sebaik di tempat kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang jalan.

“Dua penumpang belakang yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan dua lagi penumpang cedera ringan dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini