comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut, seorang parah nahas 4 kenderaan

Dua maut dan seorang parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Kenari dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan di Jalan Bau-Lundu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata wanita yang memandu kereta terbabit pula parah.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.56 pagi.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan berlaku membabitkan empat kenderaan iaitu Perodua MyVi, Perodua Kenari, Proton Saga dan sebuah lori treler.

“Dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Kenari disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya iaitu wanita pula cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, identiti dua mangsa yang maut serta yang cedera bagaimanapun masih belum diperolehi.

“Mangsa yang cedera mendapat rawatan awal di lokasi oleh anggota EMRS BBP Lundu dan dia kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya lagi, tiga lagi mangsa masing-masing pemandu Proton Saga, pemandu Perodua MyVi dan  lori treler tidak cedera.

Loading...
Terkini