comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut tersepit, van bertembung treler

Kemalangan maut di Kampung Batang Merbau membabitkan sebuah van dan treler menyebabkan dua maut.

TANAH MERAH: Dua maut selepas van dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kampung Batang Merbau di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.

Mangsa yang terlibat ialah Muhamad Isyhad Ismi, 20, dan Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, ketika kejadian, van dipandu Muhamad Isyhad dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu van dipercayai ingin memotong sebuah kenderaan lain sebelum berlanggar dengan treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbalik di atas jalan.

“Pemandu dan penumpang van tersepit dalam kenderaan dan parah, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini