comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua Myvi, sebuah wira rosak dihempap pokok tumbang 


HULU SELANGOR: Hujan lebat dan angin kencang lewat petang hari ini menyebabkan tiga kenderaan rosak dihempap pokok dalam kejadian yang berlaku di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, di sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar pihaknya menerima panggilan pada jam 4.59 petang tadi.

Susulan itu sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap tiga kereta di kawasan parkir.

“Tiga kereta itu membabitkan dua Perodua Myvi dan satu Proton Wira,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, pemeriksaan mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini