comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua nyaris maut, tanah runtuh di Bukit Besar 

KUALA TERENGGANU: Dua pekerja Telekom Malaysia nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda hampir terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat di atas Bukit Besar di Kuala Terengganu jam 10.00 pagi tadi.

Menurut jurucakap Telekom Malaysia Terengganu, kenderaan membawa dua pekerja itu dalam perjalanan turun setelah selesai membuat kerja-kerja membaiki menara telekomunikasi di puncak bukit berkenaan.

Ketika melalui selekoh tiba tiba berlaku tanah runtuh menyebabkan kenderaan terbabit hampir jatuh ke dalam gaung.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Berikutan kejadian itu pihak berkuasa menutup sementara laluan ke atas bukit yang menjadi tumpuan orang ramai beriadah terutama pada hujung minggu.

Loading...
Terkini