comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua pelajar minum ‘spirit’ maut

 

KOTA KINABALU: Dua pelajar sebuah sekolah menengah di Pitas dekat sini, yang keracunan metanol selepas dipercayai meminum minuman bercampur ‘spirit’ disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu  meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak ketika dihubungi Buletin TV3 memberitahu, kematian pelajar pertama dilaporkan pada Rabu, jam 4.08 petang  dan punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.

“Pelajar kedua pula dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada jam 4 petang dan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat kerana punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Media pada 9 Jun lalu melaporkan dua pelajar Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

 

Loading...
Terkini