comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua pusat hiburan diserbu, 21 ditahan positif dadah 

KUALA LUMPUR: 49 individu termasuk pelayan pelanggan warga asing ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis Kuala Lumpur dalam Facebook rasmi berkata, daripada 49 individu yang ditahan 21 daripadanya positif dadah, 23 individu adalah pelayan pelanggan, tiga pekerja warga asing dan dua penjaga premis.

“Semua tangkapan berusia 20 hingga 50 tahun. Serbuan turut merampas pelbagai peralatan hiburan di dalam premis seperti pembesar suara dan mikrofon.

“Hasil siasatan mendapati semua 21 pengunjung yang positif dadah mendapatkan bekalan dadah daripada luar sebelum datang berhibur,” katanya.

Menurutnya, 23 pelayan pelanggan warga asing pula datang ke Malaysia dalam tempoh antara 1 minggu hingga sebulan yang lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) , Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 , Seksyen 55B Akta Imigresen, dan Sek 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Loading...
Terkini