KUALA LUMPUR: Walaupun usia belum mencukupi syarat pertandingan, Khoo Jenna, 14, berani tampil di pentas ujibakat Calpis Soda OIAM untuk mengatasi perasaan gemuruhnya.
Dalam sesi ujibakat yang diadakan di Pulau Pinang itu, Jenna berjaya memukau juri dengan persembahan yang mengagumkan.
Walaupun muda, dia memiliki bakat dan semangat yang membuat juri begitu teruja dan memberi pendedahan awal agar Jenna dapat terus mengasah kemahiran dan mendalami minatnya dalam dunia nyanyian.
Berbekalkan sokongan padu daripada keluarga, gadis itu bertekad ingin mencabar dirinya sendiri untuk menyanyi di hadapan khalayak ramai.
Selain Jenna, seorang lagi remaja berbakat berusia 16 tahun, Ooi Tianjia menyertai sesi ujibakat yang sama.
Berpengalaman menyertai program 8TV Family Singing Show dari musim pertama hingga ketiga, pada usia 12 tahun, Tianjia berasa yakin untuk terus mengejar impian sebagai penyanyi profesional.
Dia juga berkebolehan menari dan mahir bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, piano, dan biola.
Bertekad untuk mempersembahkan sesuatu yang baru dan berbeza di atas pentas, Tianjia ingin mencuba pelbagai genre, dan menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.