comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua wakil Sabah dilantik menteri

KOTA KINABALU: Dua wakil dari Sabah, masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Ewon yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala Armizan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Armizan pula mewakili GRS di kerusi Parlimen Papar turut menewaskan penyandang dari WARISAN, Ahmad Hassan pada PRU15 lalu.

Loading...
Terkini