comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua wanita maut, seorang lelaki parah MPV bertembung lori

Foto: JBPM

IPOH: Dua wanita termasuk seorang remaja maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai menghala Kampung Kerawat, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata nahas turut mengakibatkan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang memandu kenderaan sama, parah manakala dua kanak-kanak perempuan yang turut berada dalam MPV sama, cedera.

Kelima-lima mangsa merupakan sekeluarga dan dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Cameron Highlands, sementara lori dari arah bertentangan.

 

Sabarodzi berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan dibantu BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi nahas sebaik panggilan diterima jam 11.39 pagi tadi.

Foto: JBPM

Katanya, nahas itu membabitkan Toyota Avanza dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan lori 1 tan membawa muatan tayar.

“Terdapat dua mangsa yang tersepit dan sudah berjaya dikeluarkan. Mereka berdua disahkan maut oleh pihak perubatan dengan operasi tamat jam 1.15 tengah hari tadi.

“(Sebagai) maklumat tambahan, Toyota Avanza itu dalam perjalanan ‘naik’ menuju (menghala) ke Cameron Highlanda dan lori pula jalan turun dari Cameron Highlands.

“Jarak perjalanan dari balai ke lokasi nahas iaitu kira-kira 15 kilometer, ditambah dengan keadaan jalan yang berliku dan kesesakan jalan disebabkan kemalangan itu membuatkan pihak bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai ke lokasi nahas,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Selain dua mangsa wanita maut dan lelaki warga emas yang parah, Toyota Avanza itu turut dinaiki dua-kanak-kanak perempuan yang masing-masing berumur empat dan sembilan tahun.

Sementara pemandu lori tidak cedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini