Oleh: Kadir Edison
SIMUNJAN: Dua warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bersama lapan yang lain terlibat dalam kemalangan di Kampung Pelaie di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operas (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang, lalu mengarahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan Serian untuk ke lokasi kejadian bersama dua jentera.
“Setibanya di lokasi, anggota terbabit mendapati terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita warga emas yang masih tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terbalik.
“Dilaporkan sebelum kejadian kenderaan tersebut tersebut membawa 10 orang penumpang dengan lima daripada tidak mengalami sebarang kecederaan, tiga cedera ringan dan dua masih lagi tersepit dalam kenderaan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dengan mangsa pertama berjaya di keluarkan pada jam 5.00 petang dan mangsa kedua lima minit kemudian.
Bagaimanapun kedua mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian.
Mayat kedua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya manakala mangs yang cedera dihantar ke oleh orang awam ke klinik berdekatan.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.