comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua warga emas maut kereta bertembung di kilometer 27 Jalan Kluang – Teck Wah Heng

KLUANG: Dua lelaki warga emas maut selepas kereta yang mereka pandu bertembung di kilometer 27, jalan Kluang – Teck Wah Heng, jam 2 petang tadi.

Kedua-dua mangsa cedera parah dikepala dan badan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah Kluang, ACP Bahrain Mohd Noh berkata, mangsa yang maut pemandu kereta Mercedes dikenali sebagai Chan Eng Heng, 71 dan pemandu kenderaan pacuan empat roda dikenali sebagai Chong Chen Kiong, 74.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan dari Layang-Layang ke Renggam telah bertembung dengan kenderaan Mercedes yang datang dari arah bertentangan.

“Kenderaan pacuan empat roda dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Mercedes yang datang dari arah bertentangan” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Japan 1987.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini