comscore
Tumpuan :
Nasional

Duda bawa anak ditangkap khalwat dengan janda anak lima

JANDA anak lima yang dicekup berkhalwat dengan duda anak satu dalam bilik motel di Kulim. FOTO: Ihsan PADK

KULIM: Duda anak satu dicekup berkhalwat dengan janda anak lima di bilik sebuah motel di sini sempena Tahun Baharu 2024, hari ini.

Ketika ditangkap  pada 1.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak lelaki berkenaan turut berada di dalam bilik motel berkenaan.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, lelaki itu membuka pintu bilik berkenaan dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan di dalam bilik motel itu, lelaki berusia 40 tahun itu bersama anak lelakinya berada di dalam bilik itu dengan seorang wanita.

“Lelaki yang juga pekerja kedai makan itu memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berusia 32 tahun itu.

“Bagaimanapun, soal siasat mendapati, wanita yang tidak bekerja itu sudah seminggu tinggal di bilik motel berkenaan yang dibayar lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat.

“Lelaki yang berasal dari Serdang, Bandar Baharu itu dan pasangannya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat

Loading...
Terkini