comscore
Tumpuan :
Nasional

Duit pensyarah wanita RM2.5 juta lesap

Foto hiasan

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN : Seorang pensyarah universiti di sini, kerugian RM2.5 juta selepas mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai ejen insurans.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 52 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon, 22 Januari lalu mendakwa beliau terlibat dengan tuntutan insurans palsu dan pengubahan wang haram.

Katanya, suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka dua akaun bank kononnya untuk akaun siasatan sementara dan diarah memindahkan wangnya ke dalam akaun berkenaan.

“Suspek meminta mangsa memberi maklumat perbankan miliknya beserta gambar kad ATM dan kata laluan,”

“Mangsa menyedari tertipu setelah gagal menghubungi suspek dan wang dipindahkan ke dua akaun sementara sebanyak RM2,576,781 lesap.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa membuat laporan polis semalam.

Polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan menyemak dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Loading...
Terkini