comscore
Tumpuan :
Nasional

Duka buruh terubat, rumah ranap ‘diganti’ baharu

Zulkipli Ahmad, tinggal dalam rumah yang telah ranap dalam kejadian ribut baru-baru ini.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Kisah duka seorang buruh kampung yang terpaksa tinggal di rumah yang telah ranap, kini berakhir khabar gembira.

Zulkipli Ahmad, 47 tahun dari Kampung Bakong, di sini, ditemui ‘berteduh’ dalam keadaan begitu daif setelah rumah peninggalan orang tuanya, musnah dipukul ribut baru-baru ini.

Menurutnya, dia hidup sebatang kara di rumah itu selepas ibu bapanya meninggal dunia.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat. Ni orang kata rezeki PRU (Pilihan Raya Umum). Saya berterima kasih kepada semua pihak yang mai tengok keadaan saya hari ni,” katanya ketika ditemui.

Kisah Zulkipli sampai ke pengetahuan pelbagai pihak termasuk calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim.

“Saya tidak menyangka ada kes sebegini di kawasan saya kerana itu saya segera ke sini selepas mengetahui berita tentangnya.

“Saya bersama pihak masjid dan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) akan membantunya dengan membina sebuah rumah baru yang dijangka siap dalam tempoh 2 minggu. Tapi jangan salah faham, ini tiada kaitan dengan PRU-15 kerana saya akan membantu sesiapa sahaja sekali pun jika masalah itu sampai ke pengetahuan saya,” kata Ismail.

Difahamkan, lelaki bujang berkenaan gagal mendapat bantuan pembinaan rumah disebabkan tanah yang diduduki bukan hak milik keluarga.

Bagaimanapun, Ismail menegaskan dia bersama pihak masjid dan JPKK akan membantu membina sebuah rumah di tapak berkenaan yang dijangka siap dua minggu lagi.

Calon BN DUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim (baju putih) ketika menyantuni Zulkipli.

“Kos rumah yang akan dibina ni menggunakan tabungan masjid sedikit dan tambahan dari beberapa pihak termasuk calon BN Parlimen Arau, Datuk Rozabil.

Dalam masa sama, Ismail akan memanjangkan perkara itu bagi membolehkan Zulkipli menerima bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Loading...
Terkini