comscore
Tumpuan :
Nasional

Dulu ketua balai bomba kini Doktor Falsafah

YUS Heary berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang pengajian Doktor Falsafah (PhD) Rekabentuk Produk Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. FOTO: Ihsan pembaca

BACHOK: Seorang pegawai bomba membuktikan ilmu itu tiada penghujungnya jika nekad untuk mencapai dan menguasai pengetahuan di tahap yang tinggi.

Penolong Penguasa Bomba Dr Yus Heary Mahmud bergelar Doktor Falsafah di usia 46 tahun selepas menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang (Rekabentuk Produk) Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke 13 di Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok pada 4 November lalu.

Menurutnya, cabaran terbesarnya adalah perlu membahagikan masa antara bekerja dan belajar selain waktu bersama keluarga.

“Biasanya pada waktu siang saya bekerja dan memberi tumpuan waktu malam untuk penulisan tesis manakala hari minggu pula untuk keluarga,” katanya yang juga bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok.

Bapa kepada enam anak ini berkata, dia menyambung pelajaran kerana minat dan mahu memberi motivasi untuk keluarga supaya menuntut ilmu hingga peringkat tertinggi.

Beliau yang bertugas di Cawangan Pendakwaan, Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan belajar secara separuh masa bagi pengajian selama tiga tahun di bawah penyelia Prof Madya Ts Dr Khairul Azhar Mat Daud.
Malah Yusheary berkata, bermula 16 tahun lalu dia tidak membuang masa sebaliknya menyambung pelajar secara separuh masa bermula peringkat diploma hingga doktor falsafah.

Loading...
Terkini