comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] DUN SABAH: Syarat permohonan MM2H Sabah akan diumum awal 2023

Foto Hiasan

Oleh Safwan Sawi 

KOTA KINABALU: Syarat permohonan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) Sabah akan diumumkan awal tahun depan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata dasar MM2H Sabah secara prinsipnya telah digubal dan kini dalam proses pemurnian.

“Secara prinsipnya dasar MM2H bagi negeri Sabah telah pun digubal dan dipersetujui pada peringkat kementerian saya bersama ahli jawatankuasa khas dilantik sedang dalam proses pemurnian syarat permohonan dijangka akan diumumkan awal tahun depan,” katanya.

Apabila dasar MM2H Sabah dilaksanakan pada masa akan datang, Joniston yakin ia akan mendapat banyak permohonan memandangkan kriteria ditetapkan adalah lebih menarik.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri DUN Sabah ketika menjawab pertanyaan untuk jawapan lisan daripada Ahli DUN dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee berhubung pelaksanaan MM2H Sabah.

Tambah Joniston sebelum pandemik Covid-19,  Jabatan Imigresen telah meluluskan 21 permohonan daripada empat negara iaitu China, Korea, Filipina dan Unitod Kingdom.

Namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik itu.

Menjawab soalan tambahan Teck Lee mengenai faktor kelewatan MM2H Sabah dilaksanakan, jelas Joniston kementeriannya perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pandangan dan cadangan pihak berkepentingan serta keperluan masyarakat tempatan.

“Kita harus faham bahawa kita perlu juga mendengar pandangan daripada pihak berkepentingan kerana akhirnya ini, kejayaan pelaksanaan ini bergantung juga kepada sokongan pihak berkepentingan. Sebagai contoh, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) baru-baru ini telah membuat cadangan baharu dan antaranya ialah meminta agar deposit diturunkan daripada RM600,000 kepada RM200,000.”

“Perkara ini kita harus ambil kira kerana kita mahu MM2H ini berdaya saing. Kita ingin menarik lebih ramai (pemohon) tetapi kita juga harus pastikan siapa sasaran kita, siapa yang ingin kita tarik untuk untuk memanfaatkan MM2H Sabah. Kita mahu sasaran hasil terakhir yang bagus dan jika kita turunkan kepada RM200,000 (deposit) mungkin kita tidak akan mencapai sasaran.” katanya.

Program MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di negara ini  untuk tempoh  lama.

Loading...
Terkini