comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Durian runtuh’ RM1,500 buat kakitangan awam Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap kakitangan awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan serta pengorbanan mereka.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember depan.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata kakitangan awam negeri juga terbabit dalam menguruskan bantuan semasa berlakunya bencana di Kedah.

Sementara itu, beliau berkata, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’ setiap seorang seperti yang dinikmati penjawat awam lain.

“Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini