comscore
Tumpuan :
Nasional

e-Filing Bermula 1 Mac 2021

Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.

LHDNM dalam satu kenyataan memaklumkan, pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

LHDNM juga menjangkakan hampir 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 diterima daripada majikan berdaftar.

Manakala bagi Borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta borang akan diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 dalam tahun 2020.

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.

Loading...
Terkini