comscore
Tumpuan :
Nasional

E-invois LHDN dijangka dilaksanakan 1 Jun 2024

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan untuk melaksanakan sistem e-invois kepada kumpulan pertama pembayar cukai secara mandatori, selewat-lewatnya 1 Jun tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata kumpulan pertama itu dijangka membabitkan syarikat besar yang mempunyai kadar pusing ganti tahunan melebihi RM100 juta.

Mengulas lanjut katanya, sehingga kini LHDN sedang dalam proses membangunkan infrastruktur membabitkan teknologi maklumat (IT) bagi memastikan sistem e-invois itu dapat dilaksanakan berdasarkan tempoh masa ditetapkan.

“Kita sudah ada tempoh masa bagi pelaksanaan ini…sekarang ini kita sedang membangunkan infrastruktur kerana akan ada hubungan antara sistem perniagaan dengan LHDN, kalau mereka keluarkan invois, akan ada rangkaian dengan LHDN dan sebagainya.

“Perancangan kita terhadap kumpulan pertama, bermula selewat-lewatnya 1 Jun 2024, tetapi kalau kita boleh siapkan struktur lebih awal, mungkin ia akan jadi projek perintis dulu namun kita akan jadikan ia mandatori mengikut jadual pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Loading...
Terkini