comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ekosistem AI perlu diperkukuh – PM

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk institut pengajian tinggi perlu membina ekosistem kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuhkan teknologi berkenaan di dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harus wujud perancangan segera seperti mengubah pendekatan dalam pendidikan agar ia tidak membosankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

“Ini cabaran-cabaran yang harus kita tangani, mungkin pendekatan pengajaran melalui AI yang baharu, yang mempersonakan dan mengagumkan tetapi yang pentingnya matlamat harus kembali memberi penekanan supaya sebahagian besar anak-anak kita mulai menguasai Matematik dan Sains.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Tambahnya tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.

“Tetapi ada lagi kekurangan dan kelemahannya iaitu peringkat kemahiran, keterampilan, kepakaran dan pengkhususan yang diperlukan perlu ada ruang yang perlu diisi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini