Tumpuan :
Nasional

Ekosistem perniagaan kompetitif, PM ajak pemimpin perniagaan Ekonomi APEC melabur di Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak pemimpin perniagaan dalam kalangan Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk melabur di Malaysia.

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

LIMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak pemimpin perniagaan dalam kalangan Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk melabur di Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan hasrat tersebut dalam sesi makan tengah hari bersama pemimpin berkenaan, di sini.

Menurutnya, usaha kerajaan pimpinannya memudah cara perniagaan menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif.

“Dalam sesi ini saya bertukar pandangan dengan mereka selain berkongsi aspirasi Malaysia terkait hal perdagangan dan pelaburan sekali gus mengajak mereka untuk melabur di negara kita,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Perdana Menteri turut menekankan dasar Kerajaan MADANI yang jelas dalam sesi berkenaan.

Sesi makan tengah hari dihoskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia.

Sesi makan tengah hari itu dihoskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Westport, Datuk Ruben Emir Gnanalingam.

Terdahulu, Anwar menjadi antara panel Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC bertemakan ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi Kecerdasan Buatan (AI)’, di sini.

Anwar berada di ibu negara Peru sempena lawatan rasmi sulungnya ke rantau Amerika Latin, selain menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini