comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 15 tahun hidup dalam timbunan sampah

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: “Syukur…akhirnya dapat rumah berwajah baharu”

Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Hamidah Moin, 63 tahun, selaku penerima pertama insentif Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan 2023.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu akhirnya dapat menghela nafas lega apabila dapat ‘keluar’ dari rumahnya yang penuh dengan besi buruk dan barangan lusuh dek kerana barangan terbabit adalah salah satu sumber mata pencariannya.

Hamidah berkata bahawa mereka bergelumang hampir 15 tahun di dalam rumah yang terletak di Apartmen Seri Penara, Bandar Sri Permaisuri.

Mereka juga terpaksa ‘berendam air mata’ mengenangkan keadaan rumah yang serba kekurangan kerana masalah kekangan kewangan selain terpaksa menanggung kos rawatan anak bongsunya, Sukri Azim, 24 tahun yang juga Orang Kurang Upaya, OKU.

Prihatin dengan nasib menimpa keluarga ini, Datuk Seri Dr. Wan Azizah selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tampil dengan meletakkan ‘noktah’ pada kedukaan mereka menerusi insentif Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan 2023.

“Kita ubahsuai rumah ini menunjukkan bahawa kita komited untuk meningkatkan lagi taraf hidup terutama rakyat miskin bandar yang mana kita cuba sedaya upaya dan kita turut dapatkan rakan rakan strategik untuk dapatkan sumbangan bersama,” jelasnya dalam satu sidang sesi media selepas pelancaran majlis itu.

Usaha membaik pulih rumah tiga bilik dan dua bilik air itu membabitkan kos RM30,000.

Inisiatif yang selaras dengan konsep Madani itu dijangka bakal memanfaatkan lebih ramai penerima yang layak di masa hadapan.

Loading...
Terkini