comscore
Tumpuan :
Nasional

Eksport tenaga elektrik tidak jejas pengguna domestik

Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Julaihi Narawi hadiri Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Kursus Rekabentuk Sistem Solar Photovoltaic EIU di Kota Samarahan.

KUCHING: Eksport tenaga elektrik oleh Sarawak kepada Singapura tidak akan memberikan kesan kepada bekalan elektrik bagi kegunaan domestik di negeri berkenaan.

Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, tenaga yang dibekalkan ke negara berkenaan adalah lebihan tenaga yang dijana oleh Sarawak dan terhad kepada maksimum seribu megawatt sahaja.

Katanya, tarif elektrik yang dijual ke negara berkenaan juga jauh lebih tinggi berbanding dengan tarif yang dikenakan kepada pengguna domestik di Sarawak.

“Tarif yang kita kenakan kepada singgapura adalah jauh lebih tinggi daripada yang kita kenakan kepada pengguna di Sarawak.

“Kita punya adalah lebih murah berbanding tarif yang kita eksport. Ia kerana apa yang kita eksport adalah pendapatan untuk sarawak untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Kursus Rekabentuk Sistem Solar Photovoltaic EIU di Kota Samarahan.

Jelasnya, pengeksportan tenaga Ke Singapura hanya melibatkan bekalan elektrik sementara pembinaan kabel bawah laut sepanjang 700 kilometer yang akan ditanggung oleh negara berkenaan.

Pembinaan kabel terbabit yang bermula dari Tondong, Bau ke Singapura akan melalui 80 peratus kawasan perairan Indonesia merentasi Koridor Muri Midai, manakala selebihnya akan melalui perairan Malaysia.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nilai perjanjian terbabit memandangkan ia merupakan perjanjinan kormersial antara Sarawak dengan Singapura selain rundingan berkaitan masih berlangsung.

Pada masa sama kajian mengenai pembinaan Kabel bawah laut yang dilakukan oleh Sarawak Energy turut memberikan keputusan yang memberangsangkan.

Loading...
Terkini