comscore
Tumpuan :
Nasional

El Nino: Rakyat Kelantan diminta berjimat air

Foto hiasan

GUA MUSANG: Rakyat Kelantan dinasihatkan berjimat dalam penggunaan air susulan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Jun atau Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata kerana cuaca panas yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada paras air di beberapa loji di negeri ini.

Ini sekali gus boleh menyebabkan bekalan air tidak mencukupi dan kualiti air berkurangan.

“Jadi kita ambil maklum masalah ini dan kita sampaikan kepada rakyat awal supaya yang paling penting sekali penjimatan air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin (kiri) berbual dengan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Seri Jaseni Maidinsa. – FOTO: NSTP

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Loji Rawatan Air Bukit Chupak, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menasihatkan rakyat Kelantan tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas.

Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam meletakkan 19 kawasan di seluruh negara dalam amaran cuaca tahap satu atau berjaga-jaga.

Ia selepas suhu maksimum harian dicatatkan melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan berkenaan.

Hanya kawasan Pokok Sena di Kedah diletakkan pada kategori amaran cuaca panas tahap dua atau gelombang haba atau mencatat suhu harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini