comscore
Tumpuan :
Nasional

Elak layari laman web palsu THiJARI – TH

FOTO: Tabung Haji / Facebook

​​​​​​​KUALA LUMPUR: Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

Justeru, TH dalam  hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my.

“Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” menurut TH.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.– BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini