comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Elak terbuang, graduan kreatif hasilkan jem cili

Oleh: Izzatie Rizan

SERDANG: Rasanya yang pedas membuatkan cili lazimnya hanya dijadikan sos, cili jeruk mahupun aneka sambal.

Namun pernahkah anda terfikir, kepedasan sayuran berbuah itu juga enak dijadikan jem.

Inovasi yang dilakukan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, bukan sahaja menyelamatkan cili gred rendah daripada terbuang malah menambah lagi produk hiliran berasaskan cili.

Berkongsi kepada Buletin TV3, sekumpulan graduan jurusan Sains dan Teknologi makanan UPM memaklumkan idea membuat jem cili tercetus semasa projek tahun akhir mereka, dua tahun lalu.

Menurut salah seorang ahli kumpulan itu, Auni Nazirah Mohd Fadzil, jem cili yang dihasilkan mereka menggunakan cili besar sebagai bahan utama selebihnya penghasilannya menggunakan bahan semulajadi sesuai cita rasa rakyat Malaysia.

“Cili dibuat jem? Kedengaran seperti tidak masuk akal, namun ianya bukan lagi mustahil. Semuanya bermula apabila kami melihat ramai petani yang mengeluh sekiranya berlaku lambakan cili tidak dijual lagi-lagi yang gred rendah, sudahnya membusuk dan dibuang begitu sahaja.”

“Bukan sahaja menyelamatkan ianya daripada dibuang, tetapi kita dapat pelbagaikan lagi produk cili yang selalu sangat dibuat sambal.

“Sebenarnya banyak kali juga proses jatuh bangun untuk menjayakan projek ini, namun kami tak mahu jadikan alasan untuk putus asa, tak sangka berhasil untuk jadikan jem.”katanya.

Tanpa pengawet serta pewarna, untuk menerbitkan rasa istimewa campuran madu, gula, nenas serta epal diadunkan bersama.

Jem ini juga turut dicampurkan dengan biji chia serta serbuk kulit buah yang akan memberi rasa cepat kenyang sekali gus boleh dijadikan pilihan produk sedia dimakan, bagi penggemar makanan sihat.

Bagi Ong Keen Bin, penghasilan jem cili ini tidak semudah yang disangka.

Malah mesin khas turut digunapakai bagi mengekalkan nutrisi jem berkenaan.

“Kajian dan pelbagai analisa kami lakukan untuk memberikan rasa istimewa serta kaya nutrisi.

“Untuk yang nak tahu rasanya…dia ada rasa manis, serta rasa pedas yang tidak boleh dijumpa di pasaran ketika ini,” ujarnya.

Memiliki tektur likat warnanya juga tambah memikat, merah menyala seperti warna cili.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini