comscore
Tumpuan :
Nasional

Emas naik harga, jualan semula emas 916 meningkat – Peniaga emas

Harga emas yang tinggi sejak lebih sebulan lalu mendorong orang ramai menjual barangan kemas mereka untuk mendapatkan wang tunai ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah di sini.

KOTA BHARU: Harga emas yang tinggi sejak sebulan lalu mendorong orang ramai menjual barangan kemas mereka untuk mendapatkan keuntungan dan ada juga yang ingin menukar emas lama dengan emas baru.

Situasi ini juga adalah masa terbaik untuk mendapatkan tunai jika dalam kesempitan atau untuk tujuan memperoleh semula kos pembelian emas ketika harga rendah dahulu.

Perkara itu diakui oleh peniaga emas, Amalin Syamsul Faizal, 22, yang berkata, dalam tempoh sebulan ini, orang ramai mengambil keputusan menjual barangan kemas mereka.

Katanya, penjualan emas perhiasan 916 meningkat lebih 50 peratus berikutan orang ramai mahu mengambil kesempatan untuk menjual emas dengan harga yang tinggi.

“Dalam tempoh beberapa tahun ini, harga emas pada masa ini adalah yang tertinggi sehingga melebihi RM280 untuk satu gram (g) untuk emas perhiasan 916, jadi pengguna yang kebanyakan golongan wanita mengambil kesempatan menjual barangan kemas mereka,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah di sini.

Pemilik kedai emas, Wan Mohd Yuslee Wan Yusoff, 36, berkata, penjualan emas pada harga tinggi adalah satu perkara biasa berikutan pemilik barangan kemas mahu mengambil mendapatkan wang tunai.

Namun katanya, penjualan emas ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua tahun lalu adalah yang paling tinggi.

“Ketika itu, orang ramai menjual barangan kemas kerana harga tinggi dan mereka mahu memegang wang tunai selepas tidak dapat bekerja berikutan PKP.

“Mereka juga emas ketika itu kerana bercadang untuk membeli emas pada harga yang rendah. Namun, harga emas tidak turun seperti dahulu hingga membuatkan orang ramai tidak membeli kembali emas.

“Namun, bagi yang ada barangan kemas mereka mengambil kesempatan menjual emas mereka pada masa ini,” katanya.

Menurutnya, harga emas tinggi menyebabkan jualan emas di kedainya merosot 50 peratus yang kemungkinan disebabkan orang ramai takut untuk membeli emas ketika harga di puncak. Pada masa sama, mereka mahu menggunakan wang yang ada untuk membeli barangan lebih penting.

Loading...
Terkini