comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat Bahagian di Sarawak Banjir

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak membantu memindahkan mangsa banjir di Sarawak.

KUCHING: Beberapa kawasan di empat bahagian negeri ini terjejas banjir setakat ini iaitu di Sibu, Miri, Bintulu dan Kapit.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat jam 7 pagi hari ini, kawasan terjejas di Sibu membabitkan Rumah Panjang (Rh) Joseph, kawasan pesisiran Jalan Salim, jalan utama Salim-Stabau, Lot 217 Jalan Stabau, Lot 211 Jalan Stabau, Rh Gerinsam, Kampung Kedada, Rh Pesisiran Sungai Assan, Kampung Kerto, Kampung Banyok, Jalan Lukut-Penyalau dan pasar Kanowit.

Di Miri pula membabitkan Kampung Subak, Kampung Tiris, Kampung Pintasan, Kampung Dagang dan Kampung Hunai di Daerah Bekenu.

Sementara itu, banjir di Bintulu menjejaskan setinggan Kampung Pisang, setinggan Rh Jarau, perumahan Sungai Plan Kidurong, Rh Banyang Batu 8 Jalan Bintulu-Miri, Sungai Sebatang di Jalan Kidurong dan Jalan Bintulu-Samalaju.

Kawasan terjejas di Kapit pula ialah Rh Philipmon di Nanga Bawai, Rh Umping di Lepong, Rh John Ramba di Sungai Sesibau, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ibun di Pila, Kampung Muhibah, SK Lepong di Baleh, Rh Austin Ekau Sipan, Kampung Alai, kawasan berek kerajaan, Rh Edwin Kebiau dan dermaga ekspres Song.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Kapit iaitu di Asrama Kementerian Pembangunan Sukan dan Urbanisasi (KPSU) bagi menempatkan 16 orang daripada tiga keluarga yang terjejas dari Rh John Ramba. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini