comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Empat cedera jambatan konkrit 300 meter runtuh di Semporna


SEMPORNA: Empat cedera selepas jambatan konkrit sepanjang 300 meter runtuh di Kampung Bangau-Bangau di sini, malam tadi.Sebuah rumah turut rosak manakala sebuah motosikal terjatuh ke dalam laut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.03 malam.

“Terdapat empat mangsa, dua daripadanya sudah dibawa ke hospital oleh orang awam.

FOTO: JBPM

“Dua lagi, yang mengalami kecederaan ringan, dirawat oleh kakitangan dilokasi kejadian kerana enggan dibawa ke hospital,” menurut satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Abd Han, 45 cedera di kaki, bersama seorang perempuan dan dua lelaki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini