comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat ditahan seludup 43,000 liter diesel

Sebahagian 43,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Jenjarom dekat Kuala Langat pada Khamis lalu. – Foto: Ihsan IPD Kuala Langat

KUALA LANGAT: Empat lelaki ditahan bersama 43,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Jenjarom dekat sini pada Khamis lalu.

Semua minyak yang dirampas dianggarkan bernilai RM320,000 dan dipercayai bagi tujuan untuk diseludup.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya terdahulu menahan sebuah lori tangki minyak yang mencurigakan di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom pada jam 3.40 petang hari yang sama.

Katanya, empat suspek yang ditahan adalah pemandu lori dan pekerja premis usia 33 hingga 48 tahun.

Dari lori tangki berkenaan sahaja, sebanyak 25,000 liter minyak diesel dijumpai.

“Turut dirampas 18 buah tangki minyak berisi 1,000 liter setiap tong, satu unit mesin meter penyukat minyak dan sebuah lori bonded,” tambahnya.

Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan penyeludupan itu sudah berjalan hampir tiga bulan manakala premis stor yang diserbu dipercayai menjadi stor penyimpanan diesel subsidi yang mahu diseludup.

Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini