comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat kapal dagang asing ditahan, bersauh secara haram

Oleh : Zahir Senapiah 


Kota Tinggi : Empat kapal dagang asing ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim, Mohd Najib Sam berkata, semua empat
kapal berkenaan ditahan hasil operasi Jangkar Haram. 

Katanya, kapal pengangkut LPG berdaftar dari Singapura adalah kapal pertama ditahan jam 10.40 pagi , 13 Mei lalu yang ketika itu berada pada kedudukan 17.7 batu nautika timur Tanjung Sedili Besar. 

Manakala sebuah lagi kapal tangki juga berdaftar di Singapura ditahan   jam 11.45 pagi,  15
Mei, pada kedudukan 13.2 batu nautika timur Tanjung Siang. 

Kapal tangki ketiga yang ditahan adalah sebuah kapal dagang dari Indonesia.

Ia ditahan jam 1.40 petang, 17 Mei, pada kedudukan 12.8 bartu nautika timur laut Tanjung Balau. 

Penahanan kapal keempat melibatkan sebuah kapal pengangkut berdaftar dari Monrovia pada kedudukan 30.5 batu nautika di timur Tanjung Sedeli kecil, jam 3 petang, 18 Mei lalu.

Jelasnya, empat nakhoda  kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

Setakat ini, 28 kes kapal dagang ditahan atas kesalahan sama.

Loading...
Terkini