comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat kawasan di Kelantan alami cuaca panas Tahap Dua

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan kawasan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan merekodkan status cuaca panas Tahap Dua atau gelombang haba, hari ini.

Menurut METMalaysia, cuaca panas Tahap Dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Ia selaras rekod bacaan yang dikemas kini agensi itu setakat jam 4.30 petang tadi.

Berdasarkan maklumat itu,  11 kawasan di Semenanjung mencatatkan status cuaca panas Tahap Satu.

Kawasan terlibat ialah Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak; Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu di Kelantan; Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Setiu) serta Raub, Rompin dan Temerloh di Pahang.

Di Sabah pula, hanya Kota Marudu merekodkan status cuaca panas Tahap Satu.

Status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini