comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat kes baharu, 40 kes pulih hari ini

KUALA LUMPUR: Empat kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan, termasuk tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara serta satu kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,600 kes dengan kebolehjangkitan dan kes aktif 208 kes.

Katanya, kesemua kes baharu itu membabitkan rakyat di negara ini dan kes penularan tempatan itu dikesan ketika saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk ( SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

“Tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini. Sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham turut melaporkan terdapat 40 kes pulih yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,271 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini