comscore
Tumpuan :
Nasional

Empat lagi premis perniagaan milik warga asing di Pasar Borong disita DBKL

Sebahagian daripada barang-barang yang disita oleh Jabatan Penguatkuasa DBKL dalam operasi semalam – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi premis perniagaan di Pasar Borong kendalian warga asing telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Tindakan penguatkuasaan tersebut dibuat dalam operasi tindakan khas aktiviti perniagaan di sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3a dan beberapa kawasan lain luar Pasar Borong.

Pemeriksaan mendapati peniaga warga asing terbabit menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa memiliki lesen perniagaan.

Selain tindakan sitaan, DBKL turut memindahkan pelbagai jenis barangan perniagaan yang dijalankan di tepi jalan dan kaki lima premis oleh peniaga warga asing terbabit.

Tiga notis kompaun turut dikeluarkan mengikut Kaedah 44 iaitu kesalahan meletakkan kenderaan di kaki lima dan Kaedah 16(1) iaitu kesalahan kenderaan menyebabkan halangan tidak berpatutan,

DBKL berkata, semua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL dekat Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod dan simpanan sementara.

Loading...
Terkini