comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam Pendaki OKU Sahut Cabaran Ekspedisi Kinabalu

KUALA LUMPUR: Seramai enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menyahut cabaran ekspedisi Kinabalu OKU Challenge  2022 yang dijadual bermula hujung bulan ini.

Mereka terdiri daripada empat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pensyarah Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM Prof Madya Dr Mohd Nizam Barom dan pegawai kelestarian daripada Persatuan OKU Sentral Khairull Hafiz Ismail.

Ekspedisi anjuran UIAM itu yang bermula 28 Ogos hingga 2 Sept ini disertai seramai 22 peserta keseluruhannya akan diketuai Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM Prof Madya Dr Zulkifli Hasan dan disertai lima pendaki pengiring rapat atau buddies climbers serta 10 kakitangan krew pendaki yang lain.

Siang tadi berlangsungnya pelancaran ekspedisi itu oleh Presiden Persatuan OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi di sini hari ini.

Sambil menyambut baik inisiatif UIAM itu Datuk Ras Adiba berkata cabaran seumpama itu dianggap umpama mimpi bagi kebanyakan golongan OKU.

“UIAM telah membantu mengubah mimpi itu menjadi kenyataan dan ia sememangnya satu inisiatif yang bagus. “Saya harap inisiatif ini tidak terhenti setakat ini sahaja malah diteruskan kerana sukan dan rekreasi adalah sesuatu yang patut turut dirasai oleh OKU,” katanya.

Loading...
Terkini