comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Enam rumah kedai dua tingkat terbakar

Oleh: Fazli AhmadKUANTAN: Seorang lelaki sesak nafas kerana terhidu asap dalam kebakaran membabitkan enam kedai di Jalan Wang Ah Jang, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kebakaran itu enam rumah kedai dua tingkat musnah antara 30 peratus dan 80 peratus.

Menurutnya, 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat laporan pada jam 3:41 petang.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 5:34 petang.

“Dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 56 tahun mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh pihak kakitangan Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Foto: NSTP

Menurut Zulfadli, punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini