comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Enam sekolah ditutup di Terengganu, 1,200 ikuti PdPR 

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan lima sekolah di negeri ini ditutup hari ini akibat banjir yang melanda susulan hujan berterusan sejak semalam.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT, Azman Othman @ Abdullah berkata, murid akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Foto: NSTP

Katanya, lima sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Losong, SK Tok Dir, SK Bukit Puteri, Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai.

Katanya, sebuah lagi sekolah yang ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah SK Chendering.

“Kita anggarkan, lebih 1,200 murid dan pelajar terbabit dengan penutupan akan mengikuti PdPR.

“Sekolah akan dibuka semula apabila banjir pulih selepas mendapat nasihat daripada agensi berkaitan,” katanya.

Loading...
Terkini