comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam unit Flat Sri Sabah terbakar

Tangkap layar daripada video penstriman langsung TikTok yang menunjukkan kebakaran di Flat Sri Sabah.

KUALA LUMPUR: Beberapa rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar malam ini.

Difahamkan, kebakaran itu membabitkan enam rumah di tingkat 17 blok berkenaan dengan pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Menerusi video penstriman langsung di aplikasi TikTok dipercayai dirakam penduduk di blok bersebelahan, api didapati merebak dengan cepat.

Kebakaran yang berlaku di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras. Foto iIhsan Bomba.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini