comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Etak jadi buruan di Sungai Golok

 

RANTAU PANJANG: Sungai Golok yang surut dan cetek sejak beberapa hari, kini menjadi tumpuan orang ramai bagi mengutip etak untuk dijadikan hidangan.

 

Keadaan sungai cetek bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka mengutip etak bersama keluarga dan rakan, malah memberi peluang kepada anak-anak kecil bermandi-manda.

Tinjauan di sepanjang Sungai Golok, hari ini, mendapati penduduk yang tinggal di daerah ini turun ke sungai mencari hidupan sungai itu sekali gus menjadikan persekitaran kawasan itu umpama pesta memburu etak.

Menariknya, pelbagai kaedah digunakan penduduk untuk mencari eta mengikut kreativiti masing-masing termasuk menggunakan penutup kipas.

Penduduk, Atirah Aziz, berkata, musim kemarau nyata menjadi tumpuan orang ramai untuk menangkap etak terutama pada sebelah petang.

Menurutnya, dia yang menetap sanggup meredah kira-kira 42 kilometer demi mendapatkan etak dan merasai kemeriahan memburu hidupan itu.

“Tujuan saya sama macam orang ramai iaitu datang sini untuk mandi-manda dan cari etak sambil berkelah”

“Tapi hari ini hujan, jadi hasil etak tak banyak, berbanding sebelum ini banyak boleh la sekilo dua kilo”, katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Jasni Basri menyifatkan lubuk etak paling banyak diperolehi adalah di sekitar Kampung Gual Tok Deh di Rantau Panjang.

Berkongsi kisahnya, dalam tempoh tak sampai dua jam dia boleh memperoleh sehingga lima kilogram etak.

“Sebenarnya, bila musim kemarau ni,orang ramai akan datang memang untuk cari etak”

“Selain, mandi-manda, kita juga manfaatkan kemarau ni dengan cari etak yang boleh dijadikan hidangan seisi keluarga sebabnya etak ni mudah untuk proses dijadikan lauk.”

“Lubuk etak ni paling meriah di Kampung Gual Tok Deh, disana banyak dan besar-besar”, katanya.

Loading...
Terkini