comscore
Tumpuan :
Nasional

Fadillah arah semua agensi siap siaga hadapi banjir  

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar kenangan dengan Ketua Jabatan sebelum merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Kelantan di Kota Bharu, hari ini. – foto NSTP

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan semua agensi bersiap siaga bagi menghadapi banjir terutama di Pantai Timur dengan penekanan diberikan kepada perancangan persediaan dalam menghadapi musim bencana  itu.

Beliau juga mahu keselamatan serta kebajikan mangsa  diutamakan disamping kesiap siagaan semua agensi khususnya pemberi bantuan dalam menguruskan sumber dan logistik.

“Mesyuarat membabitkan ketua jabatan dan agensi persekutuan, persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) antara agenda mesyuarat.

“Penyelarasan menyeluruh oleh semua agensi yang terbabit amat kritikal khususnya pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua jabatan dan agensi perlu memberikan sepenuh sokongan kepada agensi yang terbabit secara langsung seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan lain-lain pasukan keselamatan yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Kelantan di sini, hari ini.

Loading...
Terkini