comscore
Tumpuan :
Nasional

Fahaman politik diketepikan, perpaduan dijulang dalam masyarakat

KUALA TERENGGANU: Majlis Iftar Jamai’e “Berbuka Puasa Se-Kampung” yang diadakan di Kampung Teluk Paku menyerlah kesepakat penduduk sekitar apabila dihadiri ampir 80 peratus semua golongan masyarakat.

Majlis ini diadakan saban tahun kecuali ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021 kerana pandemik Covid 19.

Bermula dari tahun 2006 dan ianya dikendalikan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Paku dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Teluk Paku.

Semua aktiviti atau program yang dijalankan, dilakukan secara bergotong royong sesama masyarakat disini bermula sejak awal pagi lagi.

Secara tidak langsung menyerlahkan peranan dan keterlibatan golongan muda yang menjadi nadi penting di kampung ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu merangkap Adun Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu, Sharifah Zahariah Syed Abd. Rahman.

Penduduk Kampung Teluk Paku mengetepikan fahaman politik apabila mereka saling bekerjasam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh kepimpinan Kampung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini