comscore
Tumpuan :
Nasional

Fahmi enggan ulas punca penamatan kontrak KP J-KOM

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan kontrak perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah ditamatkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas punca penamatan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu.

“Saya sahkan beliau telah ditamatkan perkhidmatan dan dalam isu jawatan kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan, ada prosesnya dan pelantikan dan penamatan adalah perkara biasa. Ia berdasarkan proses yang teratur,” katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, tugas ketua pengarah itu akan dipangku oleh individu lain.

Ditanya bila kekosongan jawatan tersebut akan diisi, Fahmi berkata, perkara berkenaan belum dapat dipastikan buat masa ini kerana terdapat proses yang perlu diikuti.

Terdahulu, Mohd Khairuddin dilapor berkata, beliau sudah menerima surat penamatan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM, kelmarin.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik menerajui jabatan terbabit bermula 1 Mac lalu.

Pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum itu disandang oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini