comscore
Tumpuan :
Nasional

Fahmi Fadzil tolak cadangan Dominic Lau mansuh J-Kom

KUALA LUMPUR: Cadangan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai untuk memansuhkan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) ditolak oleh kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata J-Kom mempunyai fungsi dan peranannya sendiri yang masih diperlukan.

“Dia (Dominici) berhak menyatakan pandangannya, kalau dia minta tutup J-Kom saya tak boleh nak kata tutup mulut dia kan?

“Saya lihat ada beberapa fungsi yang diperlukan dan itulah antara sebab kenapa kita ingin buat penyelarasan dan rombakan itu perlu.

“Kerana saya lihat J-Kom kena berbeza sedikit daripada apa yang diusahakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau ‘Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat’ di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai calon untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah J-Kom, katanya beliau belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara berkenaan.

Sebelum ini, Presiden Gerakan itu dilaporkan berkata beliau sangsi dengan langkah untuk merombak jabatan berkenaan dan mencadangkan agar kerajaan memansuhkannya.

Loading...
Terkini